Nampaknya impian dan hasrat bekas penyampai radio, Kieran, 49, yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bakal tertunai apabila luahannya itu menjentik hati selebriti serba boleh, Elly Mazlein.
Kata Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, rezeki yang dikurniakan Allah SWT buatnya seharusnya dikongsi dengan rakan-rakan yang memerlukan, apatah lagi Kieran pernah bekerja di stesen radio sama dengannya.
"Dengan rezeki diberikan ini apa salahnya saya membantu saudara sesama Islam. Kieran juga merupakan bekas penyampai radio Era tempat saya bekerja sekarang. Jadi mengapa tidak untuk saya bantu.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, menerusi ruangan komen, Elly memberitahu, dia akan berusaha untuk membantu Kieran yang meluahkan hasrat diberi kesempatan untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah di Makkah dan lebih utama katanya, jika dapat berpeluang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, yang kini sedang berdepan ujian menghidap penyakit kanser prostat itu masih dalam proses menjalani rawatan kanser dan difahamkan sel barah sudah mer£bak ke bahagian perut serta paru-paru.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment