Baru-baru ini, penyanyi Stacy Anam, 34, telah menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars, sehingga membuatkan peminatnya patah harapan melihat penyanyi idola mereka di konsert terbabit.
Berhubung keputusannya itu, Stacy mendakwa terdapat syarat yang diletakkannya tidak dipatuhi penganjur iaitu Orange International Entertainment.
Selain itu, jelas Stacy lagi, penarikan diri itu terpaksa dibuat kerana memikirkan reputasi kerjaya seninya, selain ada pesanan daripadanya yang tidak diambil s£rius termasuk poster prom0sinya.
"Mereka sendiri pun belum ada 'soft lock' ataupun kontrak sebab saya mungkin orang terakhir untuk beri pengesahan. Jadi saya masih ada masa untuk tarik diri atau tidak mahu terbabit.
"Saya ada rasa sedikit terkilan dan cuba berfikiran p0sitif mungkin ada kesilapan teknikal. Saya bertanya adakah perkara itu disengajakan. Tak tahulah, saya tak boleh cakap lebih.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Stacy berkata, dia juga tidak sangka ada beberapa perkara yang menyimpang, meskipun sudah dibuat perbincangan dan diletakkan syarat.
"Rasa terkejutlah, lain yang kami bincangkan, lain pula yang keluar dan terjadi. Tapi poster itu pun antara syaratnya. Tujuan saya bersuara pun sebab saya pun ada karier hendak dijaga," ujarnya.
Poster konsert terbabit menjadi bualan hangat kerana gambar Stacy bukan diletakkan sebagai yang utama, sebaliknya gambar Bella Astillah diletakkan sebagai 'bintang utama'.
Semalam, penganjur memuat naik poster terbarunya yang meletakkan semua artis terbabit sama rata tanpa gambar Stacy selepas pengumumannya menarik diri.
Menerusi kenyataannya, penganjur menjelaskan, tidak pernah di pengaruhi atau perlu mengikut kehendak mana-mana artis untuk menjadikan sesuatu konsert itu hebat dan berjaya.
"Kesemua yang dimuktamadkan adalah di atas persetujuan bersama dan sebagai penganjur juga sudah tentu kami mempunyai hak mutlak untuk memilih sesiapa sahaja untuk membarisi konsert kami.
"Untuk barisan artis yang akan bersama pada setiap konsert kami adalah cetusan idea dari pasukan kami sendiri dengan mengambil kira kesemua faktor-faktor dan konsep yang akan di ketengahkan.
"Diharap semua dapat menerima kepelbagaian dan warna warni di dalam industri hiburan tanah air ini. Kita raikan perbezaan ini dengan berlapang dada," tuturnya.
Konsert A Night With Sumandak Stars menampilkan Marsha Milan, Nikki Palikat, Adira Suhaimi, Bella, Wani Kayrie, dan Didi Astillah itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment