09 October 2024

"MASIH DALAM PR0SES... DOAKAN YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK SAYA" - KONGSI FOTO HADIR DI MAHKAMAH, RUMAH TANGGA IDZHAM ISMAIL BERG0LAK?



"Assalamualaikum. Untuk setiap pertanyaan tentang kandungan story Instagram saya tu, saya tak boleh cerita detail. Masih dalam proses. Cuma saya minta doakan yang terbaik buat anak-anak saya."

Itulah kata pelakon Idzham Ismail, 36, dimana dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang yang dimuat naik di Instagram Story.

Sebelum ini, p0sting pelakon 'Biarkan Ia Pergi' ini telah menimbulkan persoalan dan seakan memberi bayangan berlaku k0nflik dalam rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Idzham atau nama penuhnya, Muhammed Idzham Ismail, ketika dihubungi, memilih tidak mengulas perkara tersebut, sebaliknya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

"Saya tak tahu nak komen apa. Segalanya masih dalam proses. Harap doakan yang baik-baik. Apa yang penting bagi saya adalah anak-anak," tuturnya.
Ujar Idzham lagi, semua keputusan dibuat selepas ini adalah demi kebaikan dua orang cahaya matanya.

"Segala keputusan saya amat pentingkan anak-anak supaya mereka tidak terk£san dengan keputusan kami. Risaukan anak-anak untuk jangka masa panjang," ujarnya.

Untuk makluman, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: