16 October 2024

"MINTA DIJAUHKAN" - BELLA ASTILLAH NAFI TANGGAPAN KONONNYA MAHU BERBAIK SEMULA DENGAN ALIFF AZIZ



"Saya buat hantaran itu atas permintaan penganjur dan persetujuan keluarga. Saya tidak pernah lagi buat hantaran sebegitu. Kalau orang komen sebegitu (berbaik semula dengan Aliff) saya minta dijauhkan.

"Saya minta maaf kalau ada yang risau dan saya bersyukur kerana ia bermaksud ada yang ambil berat.

"Saya sekarang hendak fokus pada anak-anak sahaja, jadi, apabila saya baca komen yang mengandaikan saya mahu kembali bersama, jangan risau sebab perkara itu tidak akan terjadi."

Demikian jelas pelakon dan penyanyi Bella Astillah dimana dia menafikan tanggapan netizen kononnya mahu berbaik semula dengan bekas suaminya, Aliff Aziz susulan hantarannya di Instagram.

Klik untuk gambar besar

Kata Bella, hantaran di Instagram itu adalah gimik Konsert A Night With Sumandak Stars-Ceritera Hatiku yang akan diadakan pada 30 November depan.

Dalam pada itu, tutur Bella lagi, dia tidak menyangka kerana hantaran berkenaan, ramai yang menganggap dia akan kembali dengan Aliff.

"Apabila orang komen mengenai kisah lalu saya, jujurnya ia buat saya berdebar membaca. Kalau anda takut, saya lagi takut.

"Tetapi saya faham orang risaukan saya. Terima kasih kerana prihatin," ujarnya yang sebelum ini memuat naik hantaran dimana dia bakal membuat pengumuman istimewa dan berharap peminat dapat menerima berita itu dengan baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: