Pada 12 Oktober lalu, penyanyi Amir Masdi telah melancarkan album keduanya yang berjudul 'AM:PM' dimana ia menandakan satu lagi pencapaian besar dalam karier nyanyiannya selepas album pertama mendapat sambutan hangat dari kalangan peminat muzik, tahun lalu.
Istimewa album kedua kali ini apabila ia dirakamkan di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester, United Kingdom (UK) pada Mac lalu dan mendapatkan sentuhan daripada komposer ternama, Edry Abdul Halim untuk 12 lagu yang dimuatkan.
Menerusi album AM:PM ini, Amir atau nama penuhnya, Amir Syazwan Masdi, 28, juga memperlihatkan kemampuannya sebagai pencipta lagu bergandingan bersama Edry yang turut bertindak selaku penerbit apabila diberi peluang menulis lagu daripada fasa awal sehingga diterbitkan.
Klik untuk gambar besar
"Sepanjang 18 hari berada di sana, kami tulis semua 12 lagu, selain merakamkan vokal dan video muzik. Jadi, perjalanan menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik.
"Pada awalnya, kami namakan album sebagai Projek Manchester. Kemudian, sepanjang perjalanan dan proses rakaman album, kami dapat idea AM:PM. AM adalah Amir Masdi dan PM adalah Projek Manchester. Jadi, kami gabungkan menjadi AM:PM.
"Selain itu, AM:PM juga mencerminkan situasi Edry berada di Manchester dan kami di Malaysia. Ketika buat mesyuarat, masa negara berbeza. Kalau di sini siang, di sana pula malam," katanya.
Album berkenaan dilancarkan dengan dua bahagian dimana bahagian pertama iaitu 'AM' pada bulan Oktober yang mengandungi enam lagu, manakala bagi enam lagi lagu pada bahagian 'PM' pula bakal dilancarkan tahun depan.
Bahagian pertama album yang diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Amir, AR United Music dan diedarkan oleh Nova Music yang melancarkan secara rasmi sejak 12 Oktober lalu itu menampilkan lagu seperti 'Nur Cinta', 'Bakal Kekasih', 'Luar Kotak', 'Cal@r', 'Take Me Home' serta 'Langit Biru'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment