"Sedihnya kena berpisah dengan Cik B tapi tak apa demi masa depan anak mama yang hebat."
Itulah kata usahawan sensasi dan penyanyi, Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak perempuannya, pempengaruh media sosial iaitu Cik B.
Baru-baru ini, Cik B telah memuat naik satu perkongsian dimana ia menjadi perhatian apabila dikhabarkan melanjutkan pelajarannya di Sepanyol.
Menerusi perkongsian di Instagram, Cik B turut berkongsikan gambar berada di dalam pesawat untuk ke Sepanyol bersama ibu dan adiknya, Kacak atau Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berpesan kepada Cik B untuk menjaga diri ketika berada disana serta mendoakan kejayaan pempengaruh itu.
TONTON VIDEO :
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment