15 October 2024

"MANUSIA YANG SAYA TAK MAHU JUMPA DAH" - NOURUL DEPP T£GAS TIADA PERANCANGAN DUET DENGAN AJAI



"Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional. Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la. Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya."
Itulah ujar penyanyi Nourul Depp atau Nurul Wahab yang menegaskan, dia tiada perancangan untuk kembali berduet dengan bekas suaminya, Ajai.

Nourul menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa bengang dengan laporan berita kononnya dia sedia untuk berduet dengan bekas suaminya itu, selain meminta supaya pihak media tidak membuat cerita yang tidak keluar daripada mulutnya sendiri.

Sementara itu, Nourul turut menjelaskan, dia dan Ajai sudah lama tidak bercakap, mahupun bersemuka serta mengatakan bekas suaminya itu manusia yang dia tidak mahu berjumpa.

"Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu. Anda tidak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah," tulisnya.

Untuk makluman, Nourul dan Ajai pernah berkahwin pada tahun 1996 namun bercerai 10 tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 26 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: