19 October 2024

NEELOFA TAK PASAL-PASAL KENA KEC4M - NORA DANISH JELAS P0DCAST DIRAKAM JULAI LALU & TIDAK DITUJUKAN KEPADA MANA-MANA PIHAK



Gara-gara perkongsian p0dcast yang memuatkan temubual berkenaan nafkah rumah baru-baru ini, nama Noor Neelofa telah terpalit dengan kec@man segelintir netizen dimana mereka menyifatkan pelakon dan usahawan itu sengaja mengambil kesempatan terhadap kegag@lan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.
Menerusi laporan Harian Metro, tanpa usul selidik, Neelofa, 35, tidak pasal-pasal kena kec@m, sedangkan p0dcast yang turut memaparkan Nora Danish dan Natasha Ozeir yang juga berkongsi pandangan itu dirakam Julai lalu.

Dalam temubual itu, Neelofa mendedahkan dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah, sebaliknya semua itu diuruskan suaminya, pendakwah bebas dan pelakon, Haris Ismail atau PU Riz.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri kerana percaya nafkah adalah tanggungjawab seorang suami.

Klik untuk gambar besar
"Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak berkahwin dengan Haris. Itu suami yang kena sediakan. Kadang-kadang saya beli susu anak atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil.

"Kalau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian dia, jadi dia yang kena bayar," ujar Neelofa yang turut menjelaskan, jika suami tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan, isteri boleh membantu dengan persetujuan bersama.

Dalam pada itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, percaya perlunya toleransi kerana suami adalah ketua keluarga yang akan memimpin isteri dan anak-anak.

"Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.
"Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia. Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk kepada suami," katanya.

Perkongsian ini turut dipetik oleh beberapa p0rtal dan akhbar, sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang terhadap sesetengah pihak, termasuklah seorang usahawan yang turut meluahkan perasaan kec£wa dengan kenyataan Neelofa yang dilihat seolah-olah menyind1r Fazura dan akib@tnya, pengikut usahawan ini juga mula mengec@m isteri PU Riz itu tanpa meneliti fakta sebenar rakaman p0dcast ini dibuat.

Menerusi akhbar ini, pelakon Nora Danish tampil menjelaskan, p0dcast membabitkan mereka dirakamkan pada Julai lalu dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan baharu sekarang ditayangkan, selain mengakui ada sebab kenapa pihak pr0duksi baru tayangkan p0dcast itu, contohnya kesibukan dan sebagainya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: