18 October 2024

PEMINAT CILIK MENINGGAL DUNIA AKIB4T KANS£R 0TAK - HASRAT JUMPA HAFIZ SUIP TAK KESAMPAIAN



"Aariz Faiz merupakan peminat cilik Hafiz Suip. Sejak kecil dia suka menyanyikan lagu 'Kisah Cinta Kita'. Bagi Aariz, ini merupakan lagu dia dan ibunya."
Demikian kata ibu kepada peminat cilik, Aariz Faiz iaitu Siti Fairuz Sapiee, dimana dia memberitahu anaknya itu sangat meminati lagu penyanyi Hafiz Suip yang berjudul 'Kisah Cinta Kita' dan seringkali menyanyikan lagu itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu peminat cilik ini telah berkongsi kisah sedih anaknya itu yang sudah lama menjadi peminat Hafiz Suip.

Namun hasrat peminat cilik ini untuk berjumpa dengan Hafiz Suip tidak kesampaian selepas Aariz meninggal dunia disebabkan kanser otak.

Difahamkan, pada usia enam tahun, Aariz disahkan menghidap penyakit kanser otak sehingga menyebabkan dia tidak boleh bersuara seperti dahulu.

"Sehingga pada satu masa, Aariz disahkan menghidap penyakit kanser otak yang tidak boleh diubati ketika usianya enam tahun.

Klik untuk gambar besar
"Saat dalam kesedihan itu, saya sering memperdengarkan lagu kegemarannya bagi menaikkan semangat Aariz untuk bersuara semula.

"Semenjak disahkan, dia tak boleh mengeluarkan sepatah kata. Namun bila mendengar lagu Hafiz Suip, terkeluar bunyi suaranya yang berusaha membuka mulut tapi gagal," ujarnya.

Selepas lima bulan bertarung men£ntang penyakit kanser 0tak yang dihidapi sangat agresif, Aariz disahkan meninggal dunia.

"Namun takdir Allah dah tertulis hayatnya sampai di situ sahaja. Perginya Aariz meninggalkan ibu dan keluarganya setelah hampir lima bulan berjuang dengan kanser otak yang sangat agresif," luahnya.

Atas takdir Allah, ibu arwah Aariz itu dipertemukan dengan idola anaknya, lalu menceritakan kisah sedih anaknya kepada Hafiz.

Susulan pertemuan tersebut, Hafiz telah menjemput ibu arwah Aariz itu bersama keluarganya untuk menghadiri konsert penyanyi itu bagi memenuhi hasrat peminat ciliknya.
Bagi memperingati hari pemergian Aariz, Hafiz telah mempertayangkan video-video memaparkan peminat ciliknya itu di hari-hari cerianya sehinggalah dia dimasukkan ke hospital.

"Video yang ditayangkan masa konsert Hafiz adalah video yang saya ambil selepas berjanji hendak membawa artis kesayangannya menyanyikan lagu ini untuknya tapi tidak kesampaian.

"Pada 100 hari pemergian Aariz, Allah telah menemukan saya dan Hafiz di Plaza Merdeka lalu saya beritahu arwah Aariz peminat setia Hafiz.

"Dan pertemuan ini membawa saya dan keluarga ke konsert Hafiz dengan jemputan khas yang diberikan oleh pihak pengurusan," kongsinya.

Walaupun bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu dengan Hafiz, ibu arwah Aariz itu meluahkan luka di hati atas pemergian anaknya tidak dapat diubati.

Namun, ibu arwah Aariz itu tetap mengucapkan terima kasih kepada Hafiz kerana telah menjemput mereka sekeluarga untuk menghadiri konsert itu bagi memenuhi hasrat arwah anaknya dan bersempena dengan bulan kelahiran Aariz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: