"Saya ada seorang sahabat yang sudah berpindah ke sana tapi tidaklah secara tetap. Saya pun memang sudah lama bercita-cita ke sana tetapi tidak diizinkan.
"Tahun lalu, saya ada percubaan untuk migr@si ke Arab Saudi. Sudah ada rumah dan menetap di sana. Sewaktu itu saya pergi ulang-aliklah selama dua bulan.
"Cuma ada beberapa faktor yang memaksa saya kembali ke sini. Ayah saya tidak sihat dan lain-lain," demikian ujar penyanyi Shahir Zawawi, 36, dimana dia berkata, hasratnya untuk menetap di Arab Saudi hampir jadi kenyataan, namun terpaksa akur perlu pulang semula tanah air.
Kata Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi, dia pernah berhijrah selama beberapa bulan ke Arab Saudi pada tahun lalu untuk merasa pengalaman hidup di sana dan dekat dengan Makkah.
Kongsi Shahir lagi, menguatkan perjalanan rohani antara misinya memilih untuk berpindah ke sana juga, selain akui masih berharap akan dapat tunaikan impian itu pada masa hadapan.
"Hakikatnya kalau ikutkan, saya memang sengaja nak hidup di sana. Saya lebih kepada nak 'cuci hati'. Di mana-mana pun dalam dunia, kita ini terlalu bergantung kepada manusia.
"Sebab itu sewaktu saya berpindah tanpa merancang nak berbuat apa di sana, saya letakkan kebergantungan itu kepada 'Dia'. Berdikari tanpa bergantung kepada manusia.
"Hasrat tinggal di sana masih ada. Insya-Allah yang ke depan kita tak tau kalau ada rezeki saya untuk berada di sana. Bila ke sana, saya merancang juga ada perniagaan untuk menyara hidup kan," katanya.
Dalam perkembangan lain, juara Akademi Fantasia muism kelapan (AF8) itu kini kembali rancakan kerjaya muziknya di bawah naungan World Peace Entertainment.
Lagu 'Aksara' yang dipertaruhnya sempena 'comeback' itu turut mendapat sentuhan komposer hebat Omar K dan Iqie Hugh. Manakala isteri Shahir iaitu Jaksin Jaludin, 32, turut membintangi muzik video (MV) rasminya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment