30 October 2024

RITA RUDAINI LUAH RASA SYUKUR ANAK SULUNG RAIH CGPA 3.84, DAPAT ANUGERAH PENGETUA MRSM



"Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini (semalam). Terima kasih homeroom Ryan, Mommy Ustazah, Nor Faiza wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan."
Itulah tulis pelakon Rita Rudaini dimana dia meluahkan rasa syukur diatas percapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Rita berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram, turut memaklumkan, anak lelakinya itu sekali lagi mendapat Anugerah Pengetua apabila meraih purata nilaian gred 3.84 dalam peperiksaan.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Rayyan dan Rita, selain ada yang mengagumi Rayyan yang bukan saja cemerlang dalam sukan, malah dalam akademik.

Tahun lalu, Rayyan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar, meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: