29 October 2024

BERUSAHA APA SAJA UNTUK JERNIHKAN KEADAAN - FARID KAMIL AKUI MASIH SAYANGKAN ISTERI & ANAK-ANAKNYA



"Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran terbabit dan macam seperti semua orang sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya. Saya akan berusaha apa saja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah."
Itulah kata pelakon Farid Kamil dimana dia bertegas untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pelakon Diana Danielle.

Jelas Farid, dia akan berusaha menjernihkan hubungannya dengan isteri kerana cinta dan kasih sayang terhadap Diana tidak pernah pudar, selain turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar rumah tangga mereka kembali pulih dan bahagia.

Semalam Diana telah mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya dimana ia telah meng£jutkan ramai pihak apabila dia n£kad untuk bercerai dengan Farid, namun dia enggan mendedahkan punca dia n£kad dengan keputusannya itu.

Terdahulu, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023, sebelum mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Untuk makluman, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: