29 October 2024
"RASA P£DIH PADA TULANG BELAKANG & ADA BAHAGIAN TU MACAM TERKELUAR SIKIT" - ZAMANI
"Saya sihat saja Alhamdulilah. Jangan risau masih macam biasa cumanya makan tu tak boleh banyak cuma ambil dalam kuantiti kecil saja.
"Saya akan berjumpa balik dengan doktor nanti sebab ada rasa pedih pada tulang belakang dan ada bahagian tu macam terkeluar sikit, jadi nak tengok nanti macam mana.
"Jangan bimbang kepada peminat di luar sana sekiranya doktor sarankan untuk lakukan rawatan, jadi saya akan lakukan."
Demikian jelas penyanyi Zamani Slam dimana dia memberitahu tulang belakangnya kembali sakit dan bakal bertemu dengan doktor pakar bagi mendapat rawatan susulan.
Kata Zamani atau nama penuhnya, Zamani Ibrahim, 54, dia berasa tidak selesa pada bahagian tulang selepas menjalani pemb£dahan pada tahun 2022.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment