16 October 2024

"RUMAH INI TERLALU BANYAK KENANGAN BUAT SAYA & ISTERI" - YUSOF HASLAM ENGGAN BERPINDAH, MAHU HIDUP & M4TI DI BANGLONYA



"Untuk apa saya nak tinggalkan rumah ini? Rumah ini terlalu banyak kenangan buat saya dan isteri. Di rumah inilah anak-anak saya dibesarkan, rumah ini jugalah tempat anak saya berkahwin, dan di sini juga filem 'S£mbilu' difilemkan.
"Mana mungkin saya nak berpindah. Kalau umur panjang, saya ingin hidup dan m@ti di sini. Insya-Allah."

Demikian ujar penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dimana dia menyifatkan rumah banglo yang terletak di Taman Melawati yang didiami hampir 30 tahun itu menyimpan banyak kenangan.

Kongsi Yusof, rumah yang dibina sejak pembikinan filem 'S£mbilu' lagi itu dianggap sebagai rumah warisan keluarga dan dia tidak pernah terdetik untuk menjual atau meninggalkan rumahnya itu.

Dalam pada itu, susulan tanah runtuh di kawasan kediamannya di Taman Melawati, Yusof berkata, setakat ini rumah yang didiaminya tidak terj£jas dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memeriksa kawasan rumah.

"Saya ambil masa dua tahun untuk bina rumah ni. Dulu memang ada runtuhan kecil, tetapi seluruh kawasan rumah saya telah dik0nkritkan.

"Setiap tahun, saya memang akan panggil jurutera untuk periksa sistem saliran air dan sebagainya. Insya-Allah, setakat ini, semuanya selamat. Belum pernah berlaku runtuhan lagi di rumah saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: