Pelakon Azlan Komeng atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, telah berkongsi mengenai keadaan kesihatannya dimana doktor memaklumkan kepadanya, dia berpotensi lumpuh selepas terbabit kemalangan pada 12 Oktober lalu, selain dinasihatkan agar tidak banyak bergerak dan menjaga kecederaan di kaki kirinya itu dengan baik dalam tempoh sebulan ini.
"Saya belum lumpuh, tapi doktor kata ada potensi boleh lumpuh sekiranya kecederaan teruk dialami pada kaki kiri ini tidak dijaga dengan betul-betul. Kecederaan yang saya alami akibat kemalangan itu agak teruk juga. Jadi, apabila doktor beritahu saya mungkin lumpuh, memang perasaan 'down' sangat ketika itu. Saya fikir macam mana dengan isteri dan anak-anak nanti.
"Sebab, doktor juga beritahu saya perlukan masa lima ke enam bulan untuk pulih semula dan mestilah dalam tempoh itu tidak boleh bekerja, sekali gus kewangan terganggu. Jadi, bagaimana dengan kehidupan isteri dan anak-anak saya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Azlan berkata, dia sangat menghargai dan menghormati keputusan isterinya, Nur Nilam Ortiz apabila sanggup terus hidup bersama-samanya melalui ujian dan saat-saat kesulitan yang dihadapi mereka.
"Saya hanya memikirkan yang terbaik untuk isteri sebab dah dapat selamatkan dia daripada alami kecederaan teruk dalam kemalangan itu pun dah buat saya sangat bersyukur. Tapi, isteri pun cedera juga.
"Sebagai ketua keluarga bila dapat tahu keadaan diri saya dah tak dapat cari rezeki untuk keluarga seketika, memang buat saya banyak fikir. Sewa rumah nak kena bayar, anak (Adam, 5 tahun) nak sekolah.
"Jadi saya memang tak mahu susahkan isteri," ujar Azlan yang turut memaklumkan, dia sudah tenang dan emosi juga stabil yang menyebabkan dia bersemangat positif untuk merehatkan diri dan memastikan luka kecederaan teruk dialami itu dapat pulih dengan sebaiknya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment