17 October 2024

SEBUTAN K£S KHALW4T FEBRUARI DEPAN - ALIFF AZIZ & RUHAINIES 'KUNCI MULUT'



Pelakon Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies, 32, yang tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada jam 9.30 pagi hari ini bersama tiga pengawal peribadi itu bagaimanapun memilih untuk 'mengunci mulut' berhubung sebutan semula pertuduhan kes khalwat mereka.
Ketika sebutan kes tersebut, Aliff yang juga penyanyi itu dilihat lengkap berpakaian serba hitam, manakala Ruhainies pula memakai jubah berwarna coklat dan pelitup muka, diwakili peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani.

Berhubung tind@kan Aliff dan Ruhainies 'kunci mulut', peguam yang mewakili kedua mereka, Amirul Ashraf berkata, anak guamnya itu ambil langkah berhati-hati untuk keluarkan sebarang kenyataan supaya tidak keruhkan keadaan, selain bagi elakkan sebarang kenyataan mendahului prosiding itu.

Klik untuk gambar besar
"Mungkin tak mahu komen sebab takut mendahului prosiding mahkamah. Kedua, kita menghormati pr0siding mahkamah hari ini. Jadi mungkin anak guam saya kedua-duanya fokus untuk kes ini dan tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan hingga mengganggu prosiding mahkamah.

"Tiada ketegangan antara anak guam dan pendakwa syarie. Biasalah itu prosiding yang teratur dan dijalankan mengikut sebagaimana mahkamah perintahkan. Kalau ikut rekod kami, anak guam kedua-duanya tidak mengaku bersalah dan memohon untuk kes ini dibicarakan," katanya.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini, menetapkan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat antara Aliff dan Ruhainies.

Amirul juga memaklumkan berlaku pertukaran penjamin dan beberapa penyerahan dokumen pendakwaan untuk perbicaraan pada prosiding hari ini.
"Kalau ikutkan prosiding hari ini ada pertukaran penjamin dan serahan beberapa dokumen oleh pihak pendakwaan untuk perbicaraan. Ada pertukaran penjamin sebab yang sebelum ini ada komitmen kerja.

"Kita faham penjamin ini bukan sekadar di atas kertas, tapi ada obligasi untuk memastikan kehadiran orang yang dijamin. Kita sudah maklumkan kepada mahkamah dan diluluskan atas alasan yang mewajarkan keputusan berkenaan. Bila mahkamah sudah tetapkan tarikh perbicaraan, maka kami tidak mahu mendahului," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: