17 October 2024

AL4MI MAS4LAH BUAH PINGGANG - PEMAIN GITAR SLANK, ABDEE JALANI RAWATAN INTENSIF



"Bantu doa untuk kesembuhan Abdee ya, teman-teman Slankers," demikian tulis kumpulan muzik Indonesia, Slank yang memohon orang ramai mendoakan kesembuhan pemain gitar mereka, Abdee Negara yang kini sedang menjalani rawatan intensif di hospital sejak 19 September lalu akibat masalah buah pinggang.
Hantaran yang dikongsikan di X itu turut dimuat naik bersama gambar Abdee bersama gitarnya yang turut disertakan dengan keterangan ringkas.

"Doa bersama untuk kesembuhan sahabat kita Abdee Negara. Kami memohon doa daripada teman/sahabat/saudara sekalian untuk Abdee Negara yang sedang dirawat di hospital.

"Doa bersama setiap hari pada pukul 7 malam di tempat kita masing-masing," tulisnya pada hantaran itu yang turut mendapat perhatian pemuzik-pemuzik Indonesia dan Malaysia antaranya Once Mekel dan Datuk Amy Search.

"Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan," tulis Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66.

Terdahulu, Abdee mengalami masalah buah pinggang, khususnya IgA Nephropathy atau Nefropati IgA, iaitu penyakit autoimun yang meny£rang buah pinggang akibat pengumpulan antibodi IgA.

Abdee sebelum itu mempunyai sejarah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: