17 October 2024

TUTUP WAJAH ANAK - SUAMI NAD ZAINAL TAMPIL PERJELASKAN



"Rata-rata dah kenal dan tahu tentang 'Sharrul Ain', tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak.

"Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi. Kami kongsi seadanya, sekadarnya.

"Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab. Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya."

Itulah kata suami kepada pelakon Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz yang tampil memperjelaskan dia dan isterinya mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka kepada umum.

Klik untuk gambar besar

Ungku Ismail yang menjelaskan perkara itu menerusi ruangan komen hantaran terbabit, berkata, tindakan tersebut adalah bagi menghindari perkara tidak baik berlaku pada anak mereka.

Dalam masa sama, Ungku Ismail turut memberitahu, dia juga mahu menjaga privasi keluarganya dan kehidupan peribadi mereka bukan untuk dipertonton kepada umum.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram, pasangan selebiriti itu ada memuat naik gambar meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia setahun.
Namun, wajah anak lelaki Nad Zainal dan Ungku Ismail itu dikaburkan dalam setiap gambar yang dikongsikan di laman sosial mereka.

Untuk makluman, Nad Zainal mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak mata lelaki yang dilahirkan pada 10 Oktober 2023.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Nad Zainal turut memiliki dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: