18 October 2024

"SEMANGAT DIA (KIERAN) KUAT UNTUK SEGERA SEMBUH" - FAIZAL ISMAIL



Pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail, 48, baru-baru ini telah menziarahi rakannya yang juga bekas penyampai radio Hot FM, Kieran, 49, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan menghidap kans£r prostat.
Faizal atau FBI berkata, dia mengetahui mengenai keadaan Kieran menerusi kumpulan WhatsApp rakan-rakan penyampai radio sebelum ini dan mengakui terkejut dengan berita itu.

"Semangat dia kuat untuk segera sembuh dan dia semakin kuat bila ramai rakan datang menziarahinya.

"Sebenarnya sudah setahun kami tidak berjumpa. Kali terakhir di majlis rumah terbuka tahun lalu dan keadaan dia okay saja ketika itu.

"Kieran beritahu dia sudah sakit selama sembilan bulan dan baru disahkan menghidap kanser prostat kira-kira dua minggu lalu.

"Berat badannya juga turun sebanyak 14 kilogram," katanya yang berpeluang menziarahi Kieran dua hari lalu di hospital bersama rakan penyampai dari stesen radio Zayan.

Dalam pada itu, kongsi Faizal, dia mengenali Kieran sejak 25 tahun lalu ketika sama-sama menyertai Skuad Perodua Era FM.

Sebelum ini, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, memaklumkan kanser itu sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru dan dia kini menjalani sesi kemoterapi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: