07 October 2024

"SUKA DUDUK SEORANG DIRI DITEMANI KUCING" - KILAFAIRY AKUI DIRI INTR0VERT, BELUM FIKIR SOAL KAHWIN



"Saya tidak fikir pun tentang kahwin, kalau ada jodoh itu ada lah. Kalau jumpa dengan orang yang serasi, Insya-Allah.
"Sejujurnya sekarang tidak rasa sunyi pun ditambah pula saya memang seorang yang intr0vert dan suka duduk seorang diri ditemani kucing.

"Tidak rushing (terburu-buru) pun," itulah ujar pelakon Kilafairy yang berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal jodoh, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Ilahi.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Kilafairy meluahkan rasa syukur teman rapat sentiasa ada bersamanya, namun dia mengakui memang mengimpikan anak sendiri.

"Kawan-kawan pun ramai, sentiasa ada bersama saya seperti Izara Aishah dan yang lain. Kalau nak cakap pasal zuriat memang impikan mahu ada anak sendiri.

"Kadang-kadang tengok kawan sudah ada anak dan mereka sibuk dengan kehidupan tersebut, saya terfikir mungkin ada baiknya perkara itu belum berlaku kepada saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: