09 October 2024

SYAMIE KONGSI SEMUA RAHSIA DENGAN ISTERI, MAHU ELAK SAL4H FAHAM : "JAGA PERASAAN PASANGAN DENGAN LEBIH BAIK"



"Kami kena kongsi semuanya sebab kalau tak cakap sus@h sebab kami dalam industri sama. Risau pula pasangan dengar cerita daripada orang lain. Jadi, lebih baik kongsikan semua perkara.

"Sekarang pula banyak benda berlaku terhadap pasangan selebriti. Itu membuatkan kami sentiasa berhati-hati dan menjaga perasaan pasangan dengan lebih baik."

Itulah ujar Syamel dimana penyanyi itu berkata, bagi mengelak sal@h faham, dia berkongsi semua perihal hidupnya dengan isteri yang juga penyanyi, Ernie Zakri memandangkan mereka bekerja dalam industri sama.

Klik untuk gambar besar

Kata Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 31, dia mahu lebih berjaga-jaga memandangkan pelbagai kisah rumah tangga melibatkan selebriti terjadi kebelakangan ini.

Selain itu, bapa kepada seorang anak ini memberitahu, dia turut mementingkan komunikasi dengan menerapkan perbincangan bersama Ernie agar lebih saling memahami antara satu sama lain.
"Komunikasi itu penting, jadi kami sentiasa berkomunikasi dengan duduk bersama dan berbincang. Kami juga perlu saling memahami sebab kerja sebagai penyanyi nampak sama tetapi ada bezanya.

"Antaranya adalah dari segi perbezaan peminat. Jadi, banyak benda kami berbincang supaya tiada sal@h faham," kata pelantun lagu 'Hidup Dalam M@ti' itu.

Untuk makluman, Syamel mendirikan rumah tangga bersama Ernie pada 22 Mac 2021 dan hasil perkahwinan selama empat tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Khawla Soleha, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: