04 October 2024

TAHNIAH - NABILA RAZALI BAKAL JADI IBU JANUARI DEPAN



"Bismillah, MashaAllah... Nik & Bella jr. is on the way! 🏎️ Alhamdulillah, terima kasih buat kalian yang mendoakan."
Demikian tulis penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 32, menerusi Instagram dimana dia mengumumkan berita kehamilannya, sekaligus menjawab teka-teki yang sebelum ini menjadi tanda tanya.

Nabila yang dijangka bersalin anak sulungnya pada Januari tahun depan, meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39.

Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami.

"Kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya," tuturnya yang turut berkata, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.
"Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.

"Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
"Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melamp@u dan al@han yang t£ruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.

"Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini," kata Nabila yang melangsungkan perkahwinan bersama Nik Iruwan pada 18 November tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: