"Saya tak kisah turunkan harga bayaran jika saya tahu nilai sesebuah skrip yang ditawarkan itu tidak akan dapat dari mana-mana projek filem lain selepas ini.
"Bukan saja skrip, saya juga mahu bekerja dengan pengarah dan pasukan produksi filem yang bagus tetapi mungkin produser filem terbabit kurang dari segi bajet.
"Kalau filem itu sudahlah memenatkan dan entah apa-apa hasilnya tapi produser atau pengarah pula minta turunkan harga, memang saya takkan layan."
Demikian kata pelakon Shaheizy Sam, 41, dimana dia sedia menurunkan 'bayaran' jika menerima tawaran lakonan filem yang berkualiti dan mampu memberi impak kepada lakonan.
Ujar Sam, dia sangat mementingkan kepuasan untuk diri dan penonton, selain berlakon kerana minat yang mendalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment