"Saya menghidap kanser prostat yang dah sedikit mer£bak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di wad Jabatan Onkologi.
"Kanser ini dah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat sikit untuk buat rawatan penuh seperti ini."
Demikian jelas bekas penyampai radio, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, 49, yang memaklumkan, dia kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat dimana penyakit itu mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Kata Kieran, dia perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi dan disebabkan itu, dia akan terus ditah@n di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau keadaan kesihatannya.
"Saya ditahan di wad bermula Jumaat lalu dan dijangka akan dirawat di sini sehingga Isnin depan bergantung kepada keadaan selepas selesai pusingan pertama kemoterapi ini.
"Jadual yang doktor beri adalah sebanyak empat kali sesi kemoterapi. Ini sesi minggu pertama selama lima hari dan dimulakan dengan dos rendah terlebih dahulu bagi lihat reaksi pada tubuh.
"Jadual seterusnya akan ditentukan nanti," katanya yang turut memberitahu, sejak Ogos lalu, dia mula menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.
"Saya memang dah tak ambil kerja-kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat selepas ini.
"Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan saya terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment