16 October 2024
DITUDUH DUDUK SERUMAH DENGAN DATUK DEK SERING 'LIVE' BERSAMA - ADIRA TAMPIL NAFI, INI JELASNYA
"Status saya masih lagi ibu tunggal, Alhamdulillah. Saya tinggal bersama dengan keluarga, dua abang, seorang kakak dan dua kakak ipar.
"Jadi, sebenarnya saya tidak duduk serumah (dengan Datuk Red). Kalau dilihat kami selalu 'live' bersama ramai-ramai, kadang-kadang (sewaktu) dia datang tengok anak-anak.
"Dalam rumah itu ada 16 orang. Memang sangat ramai. Jangan risau, selamat," ujar penyanyi Adira Suhaimi, 33, yang tampil memperjelas andaian orang luar yang keliru dengan status hubungan terkininya bersama Datuk Red, 46, sehingga ada menuduh mereka duduk serumah.
Andaian itu tercetus selepas Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi sentiasa kelihatan adakan sesi 'live' bersama bekas suaminya itu di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, mereka bukannya selalu 'live' bersama pun dan kalau ada pun, ia berlaku secara rambang, selain akui bahagian mereka bersama itu jugalah akan jadi bualan.
"Saya faham orang dan netizen memerhati. Takkanlah (duduk serumah) kan. Kadang-kadang saya pun bantu dia berjualan di kedainya. Orang ingat itu di rumah pada hal di tempat jualannya.
"Biasalah netizen akan cakap macam itu. Kena tengok 'live' kami dari awal sampai hujung sebenarnya. Saya rasa jarang jugalah 'live' sama-sama. Cuma yang bahagian bersama jadi tular.
"Saya pun terlalu sibuk. Kalau boleh saya pun elakkan 'live' bersama sebab susah nak tutup mulut orang juga kan," kata penyanyi 'Ku Ada Kamu' itu.
Dalam pada itu, Adira juga tidak menolak jodoh dengan Datuk Red, andainya mereka kembali bersama kelak dan keputusannya untuk terus berbaik dengan bekas suami turut mendapat pujian netizen.
"Saya memilih untuk meneruskan hubungan baik itu atas banyak sebab yang saya tak boleh ceritakan. Untuk anak-anak terutamanya. Ada jodoh, ada, tak ada pun tak apa. Andai kata ada dalam masyarakat yang menjadikannya contoh, Alhamdulillah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment