"Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap. Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia.
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Izzue Islam yang memberitahu, setiap saat dan setiap masa dia mahukan isterinya, Awin Nurin berada disisinya serta tidak dapat digambarkan perasaan kasih sayangnya pada wanita tercintanya itu.
Menerusi satu video, Izzue juga tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan jika dia dijemput Ilahi terlebih dahulu sebelum isterinya.
Klik untuk gambar besar
"Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat. Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?" ujarnya.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh, selain ada yang menyifatkan Izzue yang juga pengacara itu seorang lelaki 'green flag'.
Untuk makluman, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013, namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment