20 October 2024

ULAS ISU NAFKAH - IDZHAM ISMAIL DEDAH ISTERINYA SUDAH BERTAHUN TAK MASAK KERANA TIDAK MAHU ISTERI PENAT



"Aku tak faham kenapa perempuan boleh jumpa lelaki yang jenis tak uruskan semua nafkah. Maksud aku pada yang mampu atau mal@s bekerja ni. Yang dah berusaha k£ras ni aku faham rezeki mungkin Allah nak isteri kongsi sama.



"Tapi bab nafkah ni aku dari dulu cuba sampai sekarang aku dah 'handle' sorang-sorang bab nafkah ni," demikian tulis pelakon Idzham Ismail menerusi perkongsian di Threads.

Dalam perkongsian itu, Idzham meluahkan rasa p£lik apabila ada segelintir kaum lelaki yang tidak tahu mengenai tanggungjawab mereka sebagai suami termasuk dalam soal nafkah.

Tambahnya lagi, sebagai suami, dia sangat mementingkan mengenai soal nafkah isteri sejak dari awal perkahwinan sehingga sekarang.

Klik untuk gambar besar

Idzham dalam masa sama turut mendedahkan isterinya itu sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke dapur untuk memasak makanan buatnya dan keluarga kerana dia tidak mahu isterinya penat.

"Bini aku dah bertahun tak masak sebab aku tak nak dia penat. Aku makan dekat kedai satu family hari-hari and secara tak langsung bawa anak bini ambil angin luar," ujarnya.

Untuk makluman, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: