Hari ini, 13th ABU TV Song Festival 2024 akan berlangsung di Pameran Antarabangsa Lutfi Kirdar, Istanbul, Turkiye, dan penyanyi Khai Bahar telah terpilih mewakili Malaysia untuk membuat persembahan di acara terbabit, sekaligus mencipta sejarah tersendiri.
Menurut penerbit Hiburan TV RTM, Mohd Amzar Anaqi, sebagai badan yang mewakili ABU, RTM menampilkan Khai pada edisi kali ini kerana kemampuan vokal dan bakat luar biasa yang dimilikinya.
"Tahun ini, Khai dipilih untuk mewakili negara dan bakal mempersembahkan single pertamanya berjudul 'Bayang'. Lagu ini akan membuktikan kemampuan vokal serta bakat negara yang cukup luar biasa.
"Penyertaan Khai Bahar di pentas antarabangsa ini bukan sahaja mengangkat martabat muzik Malaysia, tetapi juga menjadi platform untuk mempamerkan bakat seni negara kepada dunia," katanya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, ABU TV Song Festival mula dianjurkan pada tahun 2012 dan menjadi sebuah pameran persembahan tanpa pertandingan dari rantau Asia-Pasifik.
Setiap penyiar yang mengambil bahagian memilih artis untuk mempersembahkan negara masing-masing, dengan pelbagai genre dan bahasa dipersembahkan dalam acara itu.
Selain Malaysia, 10 negara turut terbabit pada penganjuran kali ini iaitu China, Indonesia, Hong Kong, India, Jepun, Macau, Korea Selatan, Turkiye, Turkmenistan dan Uzbekistan.
Indonesia kembali mengambil bahagian selepas tidak menyertai acara ini pada tahun 2023, manakala Uzbekistan juga kembali selepas kali terakhir menyertai pada tahun 2020.
Bagaimanapun, Sri Lanka dan Vietnam yang menyertai pada tahun 2023, tidak mengambil bahagian tahun ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment