26 November 2024
ABANG TESLA : "SOAL HATI INI TERMASUK DALAM NAFKAH BATIN, ADAKAH BERD0SA SAYA?"
"Semua saya dah bagi lengkap. Adakah berd0sa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?
"Orang sering persoalkan s0al hati, untuk terima mungkin isteri akan sedih. Soal hati ini termasuk dalam nafkah batin. Adakah berd0sa saya?"
Demikian ujar pemp£ngaruh media sosial, Abang Tesla yang baru-baru ini dilihat ada memuat naik video bertanyakan kepada seorang ustaz mengenai nafkah batin iaitu perasaan serta hati seorang isteri.
Abang Tesla yang sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai poligami sekaligus diperkatakan ramaiitu berkata, dia sudah menyediakan nafkah secukupnya serta menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat lelaki yang berpoligami dari segi kewangan, namun belum tentu adil dalam menjaga perasaan para isteri.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang mengatakan untuk menjaga perasaan seorang isteri pun suk@r, apatah lagi lebih dari satu isteri.
Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar urusan rumah tangga Abang Tesla bersama dua isterinya dipermudahkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment