18 November 2024
"ADAKAH JIKA SAYA BELUM SEMPURNA (TUTUP AURAT), SAYA TAK LAYAK UNTUK SOLAT?" - DIANA DANIELLE
"Kenapa perlu p£lik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat? Kan setiap orang ada uj1an berbeza. Solat tanda kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik.
"Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, "Tutup aurat dulu." Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat? Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan."
Itulah tulis pelakon Diana Danielle yang meluahkan rasa k£sal apabila menerima reaksi kurang senang netizen selepas memberitahu, dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah untuk mengadu segala kesedihan.
Klik untuk gambar besar
Diana menerusi perkongsian di Threads, berkata, solat adalah tanda kesedaran seseorang itu untuk berubah menjadi lebih baik, selain turut mempers0alkan adakah dia tidak layak untuk menunaikan solat jika dirinya belum sempurna termasuk dalam menutup aurat.
Disamping itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meminta supaya tidak merendahkan mereka yang sedang cuba untuk berubah ke arah lebih baik kerana apa yang penting, mereka berusaha ke arah kebaikan.
Terdahulu, Diana berkata buat masa ini dia selesa mendekatkan diri dengan Allah serta meluahkan kesedihan dan apa yang dirasai ketika bersujud.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment