25 November 2024
AL-FATIHAH - KOMPOSER OTHMAN MOHAMED KEMBALI KE RAHMATULLAH
Komposer Othman Mohamed, 65, dilaporkan telah meninggal dunia malam semalam akib@t s£sak nafas di kediamannya di Seksyen 24, Shah Alam.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak keduanya, Izwana Othman, 36, dimana dia berkata, arwah bapanya sebelum itu dalam keadaan sihat sebelum dis£rang demam, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Sebelum ini, bapa saya masih dalam keadaan sihat dan boleh keluar ke masjid dan sebagainya. Cuma, tidaklah sekuat orang lain yang sihat.
"Cuma, dua hari sebelum meninggal, dia demam biasa. Kalau penyakit kr0nik lain, bapa saya juga menghidap asma," jelasnya.
Komposer yang juga abang kepada penyanyi lagu 'Kau Pergi Jua', Allahyarham Adam Ahmad itu menetap sendirian, tetapi setiap hari akan ditemani anak-anaknya.
"Bapa saya tinggal sendirian di rumah. Tapi, sebab kami tinggal tak jauh, memang setiap hari kami akan berjumpa dan makan bersama. Jadi, tak ada sehari pun yang kami tak berjumpa.
"Tapi, semalam bila kami melawatnya lebih kurang selepas Maghrib, arwah dah tak ada. Bila tengok CCTV di rumah, dapat lihat dia kena s£rangan s£sak nafas," katanya.
Jenazah Othman telah pun selamat disempurnakan di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pagi tadi.
Semasa hayatnya, Othman menghasilkan beberapa lagu malar segar antaranya 'Kau Pergi Jua', 'Di Hari Persandinganmu', 'Episod Cinta', 'Hanya Di Radio' dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment