23 November 2024

ANAK SULUNG MAHU PORSCHE SEMPENA HARI LAHIR KE-21 - KAK KM CUBA PENUHI, CONTOHI IBU YANG UTAMAKAN ANAK-ANAK



"Masih mencari bersesuaian. Nabila bakal sambut ulang tahun kelahiran ke-21 tahun. Jadi, dia dapat kunci. Tapi bukan kunci kebebasan. Sebagai anak sulung (Nabila), Kak KM tanya dia nak apa? Dia cakap nak Porsche. InsyaAllah, doakan kita punya rezekilah. Tak kisahlah kalau memang rezeki, kita pun tumpang anak. Tiada mas@lah pun."
Demikian kata Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM, 43, dimana usahawan dan personaliti media sosial itu berkata, dia akan cuba menunaikan impian anak sulungnya, Nabila Razman yang mahukan sebuah kereta mewah jenis Porsche bersempena ulang tahun kelahirannya ke-21 tidak lama lagi.

Ujar Kak KM, dia hanya tumpang rezeki anak-anak atas segala keselesaan dan kemewahan dilimpahkan oleh-Nya serta memberitahu, segala apa diperolehnya adalah kerana anak-anak dan tak kisah berhabis demi permata hati.

Klik untuk gambar besar
Tambahnya, apa yang dilakukannya itu pada masa kini adalah hasil melihat didikan ibunya yang juga pelakon veteran, Normah Damanhuri yang sentiasa mengutamakan anak-anak selepas memperoleh rezeki.

"Saya membesar dengan seorang ibu, dia mencari duit. Arwah bapa Kak KM dah meninggal dunia. Jadi, ibu yang jaga kami (adik-beradik lain) seorang diri dengan duit hasil penggambaran.
"Balik sahaja daripada penggambaran, semua anak kena masuk ke dalam kereta pergi membeli-belah seorang satu troli. Pemikiran dia (ibu), semuanya tentang anak-anak. Tiada penggambaran ajak pergi bercuti, apa-apa semua anak.

"Jadi, Kak KM banyak sikit ikut cara ibu. Memang bagi Kak KM, daripada miskin tiada apa-apa pun, Kak KM cuba simpan duit, kita mula nak berniaga jamu, Kak KM terus berniat untuk anak-anak dan buat kalau dah dapat. Bukan ada duit tapi kau pergi buat benda lain, itu sal@h," tuturnya.
Sebelum ini, Kak KM memberitahu, dia mahu anak-anaknya itu bekerja dan memberi wang belanja buat dirinya dan suami, meskipun dia memiliki wang sendiri kerana mahu mereka mendapat keberkatan.

Untuk makluman, Kak KM mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli dan dikurniakan empat cahaya mata sepanjang 22 tahun usia perkahwinan mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: