06 November 2024
APRENA MANROSE TURUT TERK£SAN DENGAN LUAHAN JANNA NICK : "INGAT KAMI TAK USAHA KE?"
"Aku benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda. Aku faham apa yang Janna rasa sebab aku lagilah, lapan tahun tahan dengan mulut orang.
"Sakitnya hati ini, Allah je tahu. Ingat kami tak nak ke? Ingat kami tak usaha ke? Tu semua kerja Tuhan lah. Tolong jangan nak tanya-tanya dah."
Itulah tulis pelakon Aprena Manrose dimana dia turut terkesan dengan luahan sedih rakan selebriti, Janna Nick apabila sering ditanyakan soalan berkaitan cahaya mata.
Aprena yang berkongsi perkara itu menerusi Insta Story, meluahkan rasa benci apabila ada segelintiri pihak yang tidak memikirkan sensitiviti sebelum meninggalkan komen.
Kata Aprena, dia memahami kesakitan yang dirasai isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu, apatah lagi sudah lapan tahun dia menahan dengan 'mulut' orang-orang.
Sebelum ini, Janna meluahkan rasa kec£wa dan terkesan dengan satu komen netizen yang menuduh suaminya itu terlebih hormon wanita punca mereka tidak kurniakan zuriat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment