26 November 2024

BADAN TERBAK4R TAHAP DUA - SYURA BADRON MAKLUM SUAMI KINI STABIL



"Selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Perlis dan dibawa ke Alor Setar, Kedah untuk menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran, saya nekad untuk membawanya (suami) pulang dan menerima rawatan di sini.

"Lagipun di sini dekat dengan ahli keluarga. Kami ke sana pun sebab berniaga. Setakat ini dia dilaporkan stabil, tapi hari ini (semalam) dia mengalami demam. Saya cuma risau jika dia mengalami jangk1tan saja."

Itulah jelas penyanyi Syura Badron mengenai keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang kini stabil dan tidak mengalami keced£raan s£rius selepas mel£cur t£ruk di bahagian muka, kaki dan tangan akib@t l£tupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, Jumaat lalu.

Klik untuk gambar besar

Kata Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 38, kejadian itu turut menyebabkan anggota tubuh badan suaminya terbak@r tahap kedua.

"Ketika suami nak mengawal suhu dapur gas, tiba-tiba bubur yang sedang dipanaskan untuk anak kami mel£tup sehingga api menyamb@r dan suami saya terp£lanting.
"Sepatutnya saya yang berada di tempat itu, tapi dia pula yang melalui uj1an ini. Syukur Allah melindungi saya dan anak ketika l£tupan itu berlaku. Kami tidak berada di laluan kawasan itu.

"Cuma sekarang ini saya tak sampai hati nak melihat keadaan suami yang mengalami mel£cur t£ruk terutama di bahagian kaki dan muka," kongsi Syura mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu yang kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Sunway, Selangor sejak kelmarin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: