12 November 2024

"BERDIAM DIRI ADALAH KEPUTUSAN PALING TERBAIK... KALAU BANYAK BERCAKAP, T4KUT TERBUKA A1B SENDIRI" - IRA KAZAR



"Jadi, berdiam diri adalah keputusan paling terbaik. Saya percaya banyak benda yang akan saya akan dapat bila berdiam diri. Kalau banyak bercakap, t@kut terbuka a1b sendiri. Bukan mudah nak menjaga n@fsu tak nak bercakap dan bercerita keburvkan orang. Jadi, jalan terbaik berdiam diri."
Itulah ujar Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, yang begitu tegar berdiam diri biarpun dis£rang dengan pelbagai komen negatif dan kec@man, selain turut berkata, tidak perlu membela diri kerana orang akan tetap menyal@hkannya walaupun mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Di sebalik kesulitan, hin@an dan m@kian terselit hikmah serta rezeki yang tidak disangka apabila impian anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu ingin bergelar penyanyi yang sudah lama tersemat dalam hati akhirnya bakal jadi kenyataan menerusi kolaborasi bersama penyanyi berbangsa India, Allan D menerusi lagu 'Tak Kisah'.

" 'Tak Kisah', lagu berentak rancak bukan mengenai kisah hidup saya. Ideanya terc£tus secara tidak sengaja ketika saya dan Allan duduk bersembang santai. Dari situ, lahirlah idea untuk hasilkan lagu.

Klik untuk gambar besar
"Jujurnya, saya hanya mampu berserah, pendengar suka ataupun tidak, ia di luar bidang kuasa saya. Mungkin mereka perlu dengar dulu kerana rentak lagu ini senang menangk@p telinga," kata bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, dimana hatinya bagai sudah 'kebas' dengan kec@man.

Baru-baru ini, persembahan Ira menyampaikan lagu 'Jangan Kau Mimpi' nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah itu pada acara anjuran usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri, menerima krit1kan kerana dikatakan terlalu 'ov£r confident' sehingga mengund@ng teguran guru vokal, Adzrin Azhar.

"Saya hargai teguran Adzrin, takkan hanya nak dengar yang baik-baik sahaja, kenalah dengar juga krit1kan supaya saya tahu kekurangan yang perlu diperbaiki. Saya perlukan nasihat terutama insan memiliki ilmu dalam nyanyian.
"Saya sedang mempertimbangkan kemungkinan mengikuti kelas vokal dengan Adzrin kerana mahu mengasah bakat nyanyian yang masih jauh daripada kesempurnaan ini," tuturnya yang memaklumkan, dia sudah 'move on' selepas melalui episod perceraian.

"Boh0nglah kalau cakap saya tak sedih dengan perpisahan ini, tetapi saya terima takdir yang sudah tertulis. Saya kini menyibukkan diri dengan berkerja, malah tak sangka rezeki selepas hidup bersendirian lebih dipermudahkan.

"Bagi saya, setiap uj1an itu ada hikmah. Namun, saya tak tahu rezeki yang Allah hadirkan ini adakah hikmah atau uj1an. Mungkin Allah nak uj1 dan lihat bagaimana saya kawal apa yang saya miliki sekarang. Saya risau juga jika rezeki diberikan adalah uj1an, tetapi akan cuba mengawal diri," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: