12 November 2024
"SEDIKIT SEBANYAK TERCAL4R JUGA JENAMA BUBBLEBEE..." - SHUIB ANGGAP ADAT ORANG BERNIAGA, JADIKAN PENGAJARAN
"Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan. Inilah adat orang berniaga. Saya kena bersedia menghadapi apa saja ujian yang datang dalam perniagaan.
"Apapun, sedikit sebanyak tercalar juga jenama Bubblebee dengan berita yang dilaporkan. Insya-Allah, apa yang berlaku membuatkan kami selaku pengurusan tertinggi lebih peka dan akan melaksana tanggungjawab dengan lebih baik."
Demikian ujar pelawak dan ahli perniagaan, Shuib, 40, dimana dia menyifatkan tindakan d£nda RM17,500 yang dikenakan ke atas syarikatnya sebagai ujian dalam perniagaan, malah dengan apa yang sudah berlaku itu juga membuatkan dia bersedia memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaannya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, tutur Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, mereka akur dengan denda yang diputuskan oleh mahkamah serta mengakui kekhilafan mereka, selain berkata, tind@kan undang-undang itu juga merupakan pengajaran buat mereka supaya peka mengenai soal kebajikan pekerja.
Umum sedia maklum Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Khoo Choon Guan, 33, telah did£nda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Mejistret Shah Alam semalam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Semalam, mahkamah memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan selain itu, mahkamah juga membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment