12 November 2024

"SAYA TIDAK TAHU BILA NAK JUMPA CINTA SEBENAR" - NADIA BRIAN 'TARGET' KAHWIN SEBELUM 35 TAHUN



"Sekarang ini saya masih tidak ada teman lelaki, cuma kawan-kawan sahaja. Saya tidak tahu bila nak jumpa cinta sebenar.
"Doakan yang baik-baik, saya 'target' mahu berkahwin sebelum saya usia 35 tahun," itulah kata pelakon Nadia Brian.

Menerusi perkongsian di Threads, Nadia sudah penat menjadi pilihan kedua dalam perhubungan dan masih mencari cinta menjadi perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar
Jelasnya, perkongsian itu hanyalah luahan hati sebagai wanita 'single' dan tiada kaitan dengan mana-mana individu.

"Itu luahan hati. Iyelah, sekarang ini asyik berkawan dan tidak tahu bila fasa bercinta akan datang," tambahnya lagi.
Selain itu, Nadia memberitahu, keadaan matanya yang lebam sebelum ini kerana jatuh dan tiada kena mengena yang dia terlibat dengan perbalahan.

"Tidak ada kena mengena kena tumbuk dengan lelaki ke apa ke. Saya masih single. Saya jatuh disebabkan terlalu penat bekerja," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: