12 November 2024

BUKAN PERTAMA KALI JUAL KOLEKSI K£RIS DEMI KELANGSUNGAN HIDUP - EBBY YUS BERTERIMA KASIH KEPADA YANG PRIHATIN, DATANG MEMBANTU



"Walaupun koleksi keris dijual itu barangan yang saya sayang, tapi saya pun perlukan duit untuk perbelanjaan kelangsungan hidup. Saya reda menjualnya dengan kerelaan hati dan tak apalah untuk sumber kewangan."
Demikian tutur pelakon Ebby Yus yang mengakui tindakannya menjual lima bilah keris koleksi peribadi bagi mendapatkan sumber kewangan baru-baru ini bukan pertama kali dilakukannya.

Bagaimanapun, kata Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, dia masih lagi mempunyai beberapa koleksi keris lain dalam simpanan kerana tidaklah menjual semuanya.

"Saya menjual koleksi keris peribadi dalam simpanan apabila betul-betul memerlukan kewangan bagi kelangsungan hidup. Sebabnya, saya pun dah lama tidak bekerja kerana masalah kesihatan dialami dan tiada tawaran.

"Tapi, saya tidaklah jual (keris) kesemuanya lagi. Masih ada beberapa dalam simpanan dan tindakan menjual keris itu bukan kali pertama saya buat. Saya dah pernah jual sebelum ini untuk dapatkan wang," jelasnya.

Difahamkan, Ebby yang kini menjalani rawatan dialisis air dua kali sehari di rumah itu memerlukan ada kira-kira RM3,000 sebulan untuk memenuhi kos sara hidupnya tinggal di ibu kota Kuala Lumpur dimana ia merangkumi perbelanjaan harian, rawatan kesihatan, ubat-ubatan, bil semasa dan sebagainya.

"Alhamdulillah, ramai yang prihatin terhadap keadaan kesihatan saya dan mendoakan cepat pulih. Terima kasih juga kepada rakan-rakan pelawak saya yang prihatin datang membantu dan selalu bertanya khabar.

"Saya hanya mampu berterima kasih dan mendoakan mereka (rakan pelawak). Sesiapa yang sudah menolong itu, saya doakan berterusan dimurahkan rezeki," katanya yang kini menjalani rawatan dialisis air dua kali sehari di rumah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: