25 November 2024
DIDAKWA 'DID£RA', HIDUP DAIF BERSAMA ARWAH SUAMI, SUHAIMI SAAD - INA NAIM TAMPIL NAFI, INI JELASNYA
Semua sedia maklum mengenai kehidupan penyanyi Ina Naim ketika bersama Allahyarham suaminya, Suhaimi Saad, dimana ia mendapat perhatian ramai sebelum ini.
Berhubung itu, timbul dakwaan yang mengatakan kononnya Ina 'did£ra' dan hidupnya daif kerana Allahyarham suaminya itu tidak menyediakan peti ais, mesin basuh dan televisyen di rumah.
Ina bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut, namun mengakui tiada peti ais kerana baginya ianya tidak diperlukan disebabkan dia membeli barangan segar di pasar setiap hari.
Klik untuk gambar besar
"Peti ais tak ada tu betul sebab saya hari-hari pergi pasar beli makanan segar. Bagi saya peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang dan sikap bertolak ansur," jelasnya ketika menjawab pertanyaan oleh usahawan sens@si, Aliff Syukri mengenai responnya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap bersederhana Ina dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Untuk makluman, Ina kembali mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment