Pereka fesyen dan pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan Rizalman Ibrahim (RI), Datuk Rizalman Ibrahim, 53, meluahkan rasa syukur atas perlantikan sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), selain berkata, dia akan terus berkongsi ilmu kerana itu adalah tuntutan agama.
"Seperti kita sedia maklum, salah satu daripada tuntutan agama kita adalah, ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala kita akan terus mengalir berpanjangan.
"Kerana itu, saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu-ilmu agama dan dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam UM," tutur Rizalman yang berkata, setiap manusia umpama pelajar yang sentiasa perlu belajar dan akan menggunakan peluang yang diberikan UM ini untuk berkongsi.
Klik untuk gambar besar
"Saya sedar yang dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, UM, saya bukan hanya akan berkongsi ilmu yang saya ada, bahkan saya sendiri akan r£but peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai kelak," ujarnya.
Difahamkan, Rizalman akan memikul peranan sebagai penasihat kepada fakulti dan jabatan dalam aktiviti program khususnya yang berkaitan dengan penyelidikan dan perundingan seiring dengan hasrat pusat pengajian itu.
Selain itu, dia juga akan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelbagai pihak termasuklah pelajar, tenaga pengajar dan pengurusan.
Untuk makluman, ini adalah lantikan akademik kedua buat Rizalman selepas dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara pada Ogos tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment