14 November 2024

TERUJA BAKAL JADI NENEK - SHARIFAH SHAHIRAH PESAN ANAK SUPAYA BERSALIN DI KUANTAN



Anak sulung kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Tallisya kini sedang mengandung anak pertama dan bakal bersalin tidak lama lagi.
Berhubung itu, Sharifah Shahirah atau atau mesra disapa Sheira meluahkan rasa teruja menanti hari bersalin anaknya perempuannya itu.

Dalam pada itu, Shiera turut perpesan kepada anaknya supaya bersalin di Kuantan, Pahang kerana dapat banyak prom0si.

"Tipsnya adalah saya minta dia kena banyak bergerak seperti saya sebelum ini, sehari sebelum bersalin pun saya masih bekerja.

"Selain itu, saya cakap yang dia kena beranak di Kuantan sebab nanti dalam kad pengenalan ditulis 06 (kod kelahiran di Pahang). Nanti bolehlah dapat banyak prom0si. Selain itu, kita hanya ikut sahaja ada aturannya," katanya.

Disamping itu, Shiera juga memaklumkan bahawa dia ada meminta supaya Tallisya berehat dirumahnya ketika berpantang.

"Saya ada suruh pantang dekat rumah saya, tapi tidak tahulah macam mana nanti. Kalau saya jaga dia pantang, bolehlah saya pun sama makan makanan tersebut untuk jaga badan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: