14 November 2024

DEMI JAGA VOKAL- SITI NORDIANA SUDAH SETAHUN 'BERK0RBAN' TAK MINUM KOPI



"Tahap vokal saya teruk ketika menyertai All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tahun lalu. Ditambah, pita suara jadi semakin 'koyak' selepas saya memaksa diri untuk meneruskan perjuangan di 'final'.
"Justeru, salah satu cara bagi memulihkan semula vokal saya memang kena pantang minum kopi. Alhamdulillah, selama hampir setahun tak minum kopi, pita suara semakin beransur pulih.

"Harapan saya semoga masalah pita suara dan vokal ini dapat pulih sepenuhnya serta tidak berulang lagi. Malah, saya akan terus pantang minum kopi demi kebaikan diri juga."

Itulah jelas penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 40, dimana dia mengakui sudah hampir setahun 'berhenti' minum kopi untuk menjaga vokalnya walaupun ia minuman kegemaran.

Kata Nana, akibat masalah vokal dialaminya tahun lalu menyebabkan dia sedar perlu berpantang, sekali gus terpaksa menjauhi minuman kopi demi kelangsungan karier nyanyiannya.

"Saya pernah mendapatkan rawatan doktor pakar untuk memulihkan semula mas@lah pita suara 'koyak' yang mengganggu vokal saya. Cuma, ia perlu proses lama juga untuk sembuh. Menyanyi pula adalah kerja saya dan bila berlaku mas@lah vokal itu memang memberi ris1ko pada nyanyian.

"Sekarang, selepas beransur pulih saya kena mengikuti kelas vokal setiap bulan atau lebih kerap," tuturnya yang memberitahu, masalah pita suaranya berpunca daripada jangkitan C0V1D ketika musim pandemik dulu.

Kongsi Nana lagi, dia kini mengikuti kelas vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat bagi memastikan tiada masalah dan boleh menyanyi dengan baik demi menghiburkan peminat-peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Nana bersama penyanyi Tomok bakal mengadakan 'Konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang' dimana ia akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: