13 November 2024
DITUDUH GUNA DUIT PERKESO - SHUIB TAMPIL BERSUARA : "SEMOGA ALLAH AMPUNKAN D0SA AWAK YA, FITN4H LUAR BIASA"
"MasyaAllah sedara, jauh sangat ni. Duit umrah pakai duit Perkeso? Semoga Allah ampunkan dosa awak ya, Fitn@h luar biasa."
Demikian kata pelawak dan usahawan, Shuib dimana dia beranggapan tuduhan menggunakan duit Perkeso untuk menunaikan umrah satu fitnah yang luar biasa.
Shuib yang membalas komen netizen di Instagram, berkata, tuduhan itu sudah terlalu jauh serta berharap semoga Allah mengampunkan dosa individu berkenaan.
Kelmarin, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Khoo Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.
Syarikat berkenaan didenda atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Susulan berita tersebut, Instagram Shuib telah dihujani dengan kecaman netizen sehingga ada yang mengaitkan dengan ibadah umrah pelawak itu baru-baru ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment