Pelakon Eyka Farhana menerusi Instagram miliknya telah berkongsi berita dimana dia selamat mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
"🤍 MasyaAllah Tabarakallah 🤍. 💍🤍👰♀️ Salam tunangku," tulis Eyka yang dilihat begitu bahagia dalam satu majlis istimewa yang diadakan secara tertutup.
Melihat pada perkongsian gambar kek, pasangan ini difahamkan sudah melangsungkan majlis pertunangan itu pada 4 Ogos lalu.
Klik untuk gambar besar
Pasangan itu turut berkongsi gambar cincin sebagai simbolik ikatan pertunangan yang dimeterai sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.
Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment