28 November 2024
GAJI SEBAGAI WAKIL RAKYAT - ALTIMET DEDAH TERIMA RM16,000
Semua sedia maklum mengenai Altimet yang kini bersatus wakil rakyat dan baru-baru ini, penyanyi rap itu telah berkongsikan pendapatan bulanannya yang diterimanya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya.
Altimet menerusi Dol's P0dcast mendedahkan, pendapatannya mencecah RM16,000 sebulan dan Selangor antara negeri menerima bayaran tinggi kepada wakil rakyat.
"Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000. Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk 'top 3' gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi," katanya.
Bukan itu sahaja, malah Altimet turut mendedahkan wakil rakyat juga mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman serta perlu mempunyai pemandu peribadi bagi memudahkan tugas mereka.
"Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.
"Dan sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu (driver) wajib digunakan.
"Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada 'driver' kalau tak bos akan tanya nanti," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment