14 November 2024
INA NAIM JELAS ANAK KEDUA T4KUT WARTAWAN, TIADA DI MAJLIS NIKAH KERANA TERTIDUR
"Ramai tanya pasal Sallman (anak kedua), hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elakkan wartawan bertanyakan soalan kepadanya.
"Dia t@kut wartawan kejar, masa saya tengah sibuk mekap, dia kata, ibu ramainya wartawan. Lepas itu, adik-beradiknya beritahu mungkin dia ke kubur arwah bapanya. Kemudian, Sallman ke masjid dan balik ke rumah. Saya agak dia merajuk, rupa-rupanya Sallman masuk dalam bilik dan tertidur."
Itulah jelas Ina Naim menerusi sesi langsung di TikT0k, dimana dia tampil menjelaskan, ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri, 14, pada majlis pernikahan keduanya adalah kerana tertidur, malah juga sengaja menyibukkan diri dengan membantu kerja di luar kerana t@kut dis£rbu media.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Sallman tidak merestui pernikahan kedua ibunya apabila wajahnya itu tidak kelihatan dalam video majlis perkahwinan yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.
Dalam pada itu, ujar Ina lagi, Sallman tidak seperti anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang sentiasa bersedia dan yakin berdepan media.
"Dua anak perempuan saya, wartawan tak bertanya. Hadie pula memang sentiasa bersedia, manakala Sallman tak berani nak bercakap," katanya yang bernikah dengan Mohd Khairul Rizal Shukor pada 8 November lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment