16 November 2024
ISTERI HARUN HASHIM TERPAKSA DIKEJARKAN KE HOSPITAL SELEPAS TIBA-TIBA SESAK NAFAS
Pelakon veteran, Harun Hashim, 68, yang berdepan masalah kesihatan telah dikunjungi Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez baru-baru ini, namun ia bertukar sebaliknya apabila isteri pelakon terbabit, Sakinah Ganjali, 48, tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.
Berhubung itu, isteri Harun yang juga kurang sihat, terpaksa dikejarkan ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam dengan ambulans.
Harun yang mengalami masalah penglihatan mata kiri diliputi selaput, kencing manis dan kolesterol itu kini tidak lagi mendapat tawaran berlakon sehingga dia dan isterinya berdepan dengan kesukaran hidup.
Dikenali sebagai hero drama Melayu era 80-an dan diingati ramai dengan watak Cikgu Shahrin menerusi drama Pa'e pada 1997, Harun dan isterinya kini difahamkan terpaksa menumpang tinggal di rumah sewa anak saudaranya yang agak sempit di Bukit Hijau, di sini, akibat pendapatannya terjejas.
"Selama ini isteri saya cari rezeki berniaga kecil-kecilan antaranya menjual kerepek, kuah pecal, yong tau fu dan pelbagai lagi. Kami juga baru buka kedai makan jual nasi lemak, nasi Arab dan lontong.
Klik untuk gambar besar
"Tapi belum pun sampai sebulan berniaga isteri tiba tiba jatuh sakit. Dia mula dik£san susah bernafas sejak dua minggu lalu, manakala payudara kanan pula bengkak.
"Isteri ada buat rawatan bekam namun yang keluar nanah dan darah. Saya juga dah bawa dia ke klinik selain dapatkan rawatan tradisional namun keadaannya semakin memburuk termasuk hanya tidur di kerusi," tuturnya dalam keadaan sebak.
Dalam pada itu, Freddie yang melihatkan keadaan isteri Harun yang semakin teruk, segera menghubungi ambulans untuk membawa Sakinah ke hospital berdekatan.
"Saya dapati keadaan Sakinah agak lemah dan sukar bernafas. Keadaannya tak boleh dibiarkan begitu saja. Dia juga ada beritahu bahagian payudara dah ada nanah dan ia perlu pemeriksaan segera. Dalam pada itu, kesihatan Harun juga boleh dikatakan tidak stabil dan perlu dapatkan rawatan.
"Dia adalah nama besar dalam bidang lakonan. Karyawan akan melihat apa bantuan yang boleh dihulurkan kepadanya. Untuk hari ini pun kami ada beri sedikit sumbangan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment