19 November 2024

J4TUH BILIK AIR - MAK ENGKU ALAMI PAT4H TULANG LEHER



Baru-baru ini, artis veteran iaitu Ku Fridah Ku Shafie atau lebih dikenali sebagai Mak Engku, 71, telah mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.
Berhubung keadaan Mak Engku yang masih dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak 10 hari lalu, pelakon Sharifah Shahora, 49, berkata, pelakon veteran itu nampak lemah ketika dia bersama rakan artis, Datin Nina Juren dan pengarah Hadith Omar menziarahinya di hospital semalam.

"Saya dapat tahu Mak Engku dimasukkan ke wad bila menghubunginya untuk bertanya khabar. Bila kami datang melawat di hospital, Mak Engku beritahu keadaannya lemah dan dia tidak boleh berjalan dan makan pun perlahan tetapi bila dia nampak kami datang dia sangat gembira," tuturnya.

Kongsi Shahora lagi, buat masa ini, doktor tengah melakukan pelbagai ujian untuk mengambil air tulang sum sum bagi merawat kecederaan dialami Mak Engku itu.

"Saya difahamkan oleh anaknya, doktor masih lagi melakukan pelbagai ujian untuk periksa jantung dan sebagainya dan kemungkinan pros£dur untuk ambil air tulang sum sum itu akan dibuat minggu depan. Bagaimanapun, Mak Engku kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan boleh menerima pelawat.

"Saya juga berharap, mana-mana rakan artis yang ada kelapangan boleh datang menziarahi Mak Engku untuk menghiburkan hatinya serta sama-sama mendoakan kesembuhannya," kata Shahora yang turut berkongsi mengenai keadaan Mak Engku menerusi laman Instagram (IG).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: