23 November 2024
"JIKA JUMPA WANITA LAIN, CUKUPLAH BERSALAMAN & TAK LAGI BERPELUKAN" - SYAFIE NASWIP JAGA BAT4S PERGAULAN
"Ada perkara saya buat dulu sekarang dah tak boleh. Isteri tak meletakkan sebarang syarat cuma saya sendiri meletakkan batas. Jika jumpa wanita lain, cukuplah bersalaman dan tak lagi berpelukan.
"Jika dalam drama kena ikuti situasi. Jika pegang untuk keperluan mungkin tiada masalah tapi jika babak ke arah keterlaluan perlu gunakan teknik kamera yang betul."
Demikian jelas pelakon Syafie Naswip dimana dia mahu meletakkan bat@s dalam pergaulan dengan wanita, apatah lagi statusnya kini sebagai seorang suami.
Klik untuk gambar besar
Kata Syafie, isterinya iaitu Nur Afiqah tidak meletakkan syarat, namun dia tidak mahu ada tindakan yang boleh mengguris hati isteri, selain merasakan tidak sesuai untuk melakukan aksi keterlaluan dalam lakonan.
Dalam pada itu, Syafie yang bergelar suami Afiqah pada Disember tahun lalu, turut meluahkan rasa syukur menerima banyak tawaran berlakon filem.
"Biasanya saya akan buat satu atau dua saja filem dalam tempoh setahun tapi tahun ini saya dah menjalani empat penggambaran filem. Alhamdulillah rezeki selepas kahwin," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment