22 November 2024

"BYE BYE, ABAH DAH NAK PERGI DAH" - LAMBAIAN TERAKHIR ARWAH NAPIE SPIDER, SEMPAT BERPELUKAN & BERMAAFAN DENGAN ISTERI



"Semalam, selepas Asar, kami bermaaf-maafan dan kami berpelukan. Itu yang saya rasa lain dan manis sangat. Saya minta maaf dengan dia, dia minta maaf dengan saya. Kemudian, dia melambai-lambai dan ucapkan selamat tinggal kepada anak-anak. "Bye bye, abah dah nak pergi dah". Saya tak terfikir pun dia dah nak pergi."
Ujar isteri kepada pemain gitar kumpulan Spider, Allahyarham Hanafi Hamdan atau Napie, 51, iaitu Nor Rasidah Said, 40, yang berkata, dia dan suami sempat bermaaf-maafan pada petang semalam sebelum suaminya itu diserang demam dan dikejarkan ke hospital pada malamnya.

Jelas Nor Rasidah, arwah Napie telah membuat lambaian terakhir sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh, malam semalam dan menghembuskan nafas terakhir jam 3.54 pagi, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai situasi yang berlaku semalam, Rasidah memberitahu, arwah suaminya mula diserang demam sehingga menggigil pada waktu Maghrib dan mula sesak nafas.

"Kemudian, malamnya dia dah mula s£sak nafas. Sebenarnya, dia memang ada masalah jantung, tapi pembedahannya ditunda kerana dia mengalami angin ahmar. Semalam juga, dia alami cirit-birit. Jadi, saya hubungi ambulan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Klik untuk gambar besar
"Pada jam 12 tengah malam, dia dimasukkan ke unit kec£masan. Selepas pemeriksaan, doktor sahkan paru-parunya dijangkiti kuman dan sudah merebak ke jantung. Punca cirit-birit pula kerana oksigen sudah tak sampai," tuturnya yang turut berkongsi bahawa arwah suaminya itu seorang yang lucu dan suka berbual.

"Dia orang yang kelakar. Dia banyak mulut. Dia suka berborak dan semua orang senang dengan dia," katanya mengenai keperibadian Allahyarham Napie sebagai ketua keluarga.

Untuk makluman, Napie meninggalkan balu bersama tiga anak mereka iaitu Nurul Shahira, 19; Muhammad Azri, 14; dan Muhammad Haziq Luqman, 6.

Jenazah Napie disempurna dan disolatkan di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, di sini, sebelum selesai disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes pada jam 3.15 petang, hari ini.

Turut hadir, rakan-rakan seperjuangannya dalam industri seni antaranya penyanyi Spider, Tam, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: